JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM TAK SAMPAI 5MINIT PUN :)
"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"
As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari
sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka
Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai
kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti
(berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)
Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang
Mukmin.
Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang
mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan
taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang
berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam
neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan
bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam
keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”,sehinggalemahnya amalan
hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan
melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah
dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu
kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!”
Riwayat Bukhari
|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase
15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada
makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn
brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki
mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|
Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang
mengepalai umat lain.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di
antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya
bersama umatku yang lulus.”
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung
kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan
amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat
Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh
sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu
bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25
ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu
Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam,
lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul
berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok
Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri
poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang
disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”Suasana
pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong,
tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara
gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke
dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk
juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara
ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah
sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w.
menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan
lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian
hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di
akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa
yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas
daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi
sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu
jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat
menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran
perjalanan seseorang di atas titian sirat:
1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan
munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya
daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada
seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan
langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan
tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama
baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis
tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan
dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita
daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.